Hero Image

Syarat-syarat dan Terma Penggunaan Am

Anda wajib untuk bersetuju dengan syarat-syarat berikut untuk menggunakan platform go-bot.win

 

1. Anda mestilah mempunyai kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah mempunyai lesen yang sah, berdaftar, dan lain-lain syarat yang diperlukan mengikut undang-undang Malaysia.

 

2. Tidak menjual barangan digital yang salah disisi undang-undang di malaysia.

 

3. Kami tidak bertangunggjawab jika anda menjual barangan yang salah disisi undang-undang kerana kami hanyalah menjalankan perkhidmatan bot untuk shopee dan juga auto delivery.

 

4. Menjual barangan salah disisi undang-undang adalah dilarang sama sekali dan ianya adalah tangungjawab pengguna dan jika ada pihak melihat barangan tersebut adalah barangan anda dan juga tanpa kebenaran anda, anda hendaklah melaporkan kepada shopee.

 

5. Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, atau mana-mana agensi Kerajaaan atau badan yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia, yang diberi kuasa untuk memantau aktiviti mahupun sebaran urusan perniagaan anda.

 

6. Menyimpan data dan maklumat pelanggan dengan selamat, tidak menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan promosi melainkan dengan persetujuan pelanggan, atau mendedahkan/menjual maklumat pelanggan kepada pihak lain tanpa kebenaran pelanggan.

 

7. Setiap kekunci yang disimpan ke dalam data kami akan di encode dan diencrypt terlebih dahulu namun dalam era teknologi ini, keselamatan mana-mana data juga dapat dipecahmasuk dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak samada pihak penjual/penyedia perkhidmatan, mahupun pihak pelanggan yang menggunakan platform go-bot.win atas apa jua sebab termasuk (namun tidak terhad kepada) kegagalan sistem, pepijat, kesilapan, atau kelemahan platform go-bot.win mahupun platform milik pihak ketiga yang digunakan oleh go-bot.win.

 

8. Kami akan mencuba menaikkan taraf tahap keselamatan laman web ini jika terjumpa kelemahan pada sistem kami.

 

9. Pihak pengurusan berhak untuk memadam, menyahaktif, menghalang, atau menamatkan mana-mana akaun atau kandungan yang dianggap tidak bersesuaian atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.

 

10. Kami berhak untuk menolak point anda sekiranya terdapat kemusykilan terhadap point anda.

 

11. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah atau menambah terma dan syarat-syarat penggunaan ini pada bila-bila masa sekiranya perlu.

 

12. Anda tidak dibenarkan menggunakan platform go-bot.win sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana syarat yang dinyatakan diatas. Sekiranya anda menggunakan bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat kami.

 

Data dan privasi

 

1. Kami tidak akan sesekali menjual atau memberi data privasi anda kepada pihak yang lain tanpa persetujuan anda jika diminta.

 

2. Pihak kami tidak akan sesekali meminta katalaluan anda. Sekiranya ada pihak yang meminta kataluan anda, mohon jangan diberi.

 

3. Pastikan katalaluan anda minimum ada 8 aksara termasuk huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol.

 

4. Pastikan device anda tidak mempunyai sebarang pepijat ataupun virus jika menggunakan laman web ini.

 

5. Sistem kami akan menghantar maklumat log masuk ke emel anda sekiranya ada yang cuba log masuk ke akaun anda ataupun anda sendiri sebagai peringatan.

 

6. Elakkan menggunakan sistem ini apabila mengguna device public atas tujuan keselamatan data anda.

 

Akaun Pro/Premium

Anda wajib untuk bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum menaiktaraf kepada AKAUN PRO/Premium

 

1. Semua pembayaran yang telah dibuat adalah muktamad, kami tidak akan melayan sebaran tuntutan pulangan wang pembayaran atas apa jua sebab. Sila pastikan anda bersetuju dengan semua syarat-syarat sebelum pembayaran dibuat.

 

2. Harga pakej langganan yang dibayar adalah sah pada waktu pembayaran dibuat sahaja, kami berhak untuk mengubah mana-mana atau semua harga/pakej langganan dari masa ke masa tanpa sebarang notis.

 

3. Anda juga boleh mendapatkan akaun pro tanpa membayar, Kami akan menghantar cara-cara untuk mendapatkan akaun pro tanpa berbayar dengan tujuan anda hendaklah tick pada kotak penerima promosi di bahagian tetapan telegram kerana telegram bot kami akan cuba mesej ke akaun telegram anda apabila mempunyai event.

 

4. Pakej bulanan ditawarkan adalah dari sebulan sehingga setahun. Anda juga boleh melanggan dan menjadikan banyak tahun sekiranya ada melanggan setahun banyak kali.

 

5. Setiap langganan berbayar, pengguna akan mendapat point secara percuma dan ianya boleh digunakan untuk melanggan pakej premium.

 

6. Sekiranya anda telah berjaya membayar pakej kami, akan tetapi anda tidak mendapat pakej pro/premium, sila hubungi kami serta merta.

 

7. Anda masih perlu mematuhi terma & syarat-syarat am penggunaan go-bot.win (yang dinyatakan dalam bahagian diatas), sekiranya gagal untuk dipatuhi kami berhak untuk menamatkan akaun PRO anda tanpa sebarang ganti rugi atau pemulangan wang langganan

 

Untuk sebarang pertanyaan sila emel kepada:

[email protected]

 

V UNITY ENTERPRISE (KT0413475-D)

 

 

 

V UNITY ENTERPRISE (KT0413475-D)

 

go-bot.win 2022

Border